Sunday, November 4, 2018

TAMAN TEKNOLOGI TINGGI KULIM ( KULIM HI-TECH PARK )

Taman Teknologi Tinggi Kulim (InggerisKulim Hi-Tech Park atau KHTP) merupakan suatu kawasan perindustrian berteknologi tinggi di KulimKedah. Taman teknologi ini dibangunkan secara bersama oleh Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri Kedah. Taman ini telah dirancang dan direkabentuk dengan teliti dengan bantuan Japan International Cooperation Agency (JICA), sebuah organisasi yang berpengalaman luas dalam pembangunan industri.
Infrastuktur fasa pertama taman ini seluas 250 hektar telah disiapkan pada tahun 1994. Keseluruhan taman teknologi ini seluas 1,450 hektar telah dirancang dengan kerangka persekitaran bagi memenuhi aktiviti teknologi tinggi pembuatan, latihan dan penyelidikan dan pembangunan (R&D) bagi memenuhi cara hidup moden yang sihat.
Taman Teknologi Tinggi Kulim dikelolakan oleh Pihak Berkuasa Tempatan Taman Perindustrian Hi-tech Kulim. 

Taman Teknologi Tinggi Kulim
Kulim Hi-Tech Park
Nama samaranBandaraya Sains Pada Masa Hadapan
NegaraMalaysia
NegeriKedah
Pembentukan1996
Zon masaMST (UTC+8)
Laman web: Kulim Technology Park Corporation




No comments:

Post a Comment

SELAMAT TAHUN BAHARU 2019

Tahun 2018 bakal melabuhkan tirai beberapa jam lagi...Insya Allah tahun 2019 akan hadir dengan azam dan harapan untuk terus maju selangkah d...